Oleh Hadzlihady Hassan
BALIK PULAU: Lebih 1,000 penduduk terjejas apabila Teluk Kumbar dan Bayan Lepas, di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan tidak berhenti selama 12 jam bermula 2 pagi tadi.
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan kampung di daerah Barat Daya kali ini agak teruk berbanding sebelum ini.
Paras air yang mencecah dada membuatkan penduduk terpaksa dipindahkan keluar dari rumah dan setakat ini paras air semakin surut ke paras pinggang.
Bagaimanapun, air agak lambat surut berikutan air laut pasang dan membanjiri kawasan kampung berkenaan.
Bagaimanapun, air agak lambat surut berikutan air laut pasang dan membanjiri kawasan kampung berkenaan.
ANGGOTA JPAM dan polis memindahkan seorang warga emas uzur, Jariah Romli, 79, ke tempat lebih selamat. FOTO Michael Ong
Hampir 100 penduduk kampung di Balik Pulau terpaksa dipindahkan keluar dari rumah mereka manakala tiga wanita warga emas yang uzur terpaksa dipindah keluar dari rumah masing-masing di Kampung Paya, Teluk Kumbar kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 60-an hingga 80-an itu dipindahkan ke dewan Masjid, Kampung Masjid Teluk Kumbar.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang wanita yang dilaporkan dipatuk ular namun keadaannya stabil.
http://www.hmetro.com.my/articles/12jamhujantanpahenti/MA/Article